Followers

Sunday, May 15, 2011

16 Mei

16 Mei pasti mencuit seribu satu cerita dalam lipatan hidup setiap insan di bumi malaysia ini... 16 Mei.. ada apa dengan 16 Mei??? (mesti korunk tertanya2 kan)

Korunk igt x suatu ketika dahulu..sebelum korunk jadi PLU (hehehe).. korunk bangun pagi, pastu mandi, lepas solat subuh terus sarapan (kdg2 x sarapan pun), pastu pakai baju putih-seluar biru/hijau, kasut putih, stokin putih, rambut mesti pendek, naik bas, dapat duit poket rm1... hmm igt x? x igt lagi, ok dengar lagu ni..

PUKUL ENAM PAGI KITA MESTI BANGUN
TERUS GOSOK GIGI
MANDI DAN SOLAT SUBUH
CIUM TANGAN IBU
SALAM DENGAN AYAH
TERUS AMBIL BUKU
PERGI SEKOLAH
JALAN TEPI-TEPI
JANGAN LEKAS-LEKAS
SAMPAI AWAL PAGI
CUCIKAN KELAS
RAJIN BACA BUKU
RAJIN MENGIRA
IKUT CAKAP GURU
INSYAALLAH BERJAYA!

hmmm..so now aku sure korunk telah kembali ke zaman 5-10 tahun yg lepas.. pagi2 kena berdiri kat tapak perhimpunan..pastu nyanyi... lagu apa ek... lagu NEGARAKU, SEKOLAH, NEGERI, JABATAN PENDIDIKAN... pukul 1.30 ptg bole balik.... pastu homework berlambak2...

tapi itukan zaman yang tidak akan berulang lagi... pasti ianya memahat berjuta kenangan..manis dan pahit.. zaman persekolahan yang terindah.. jasa guru teramat mulia. jasa dan baktinya hingga ke syurga... ilmu yang bermanfaat pasti di kenang sepanjang hayat...

bagi aku sendiri, zaman persekolahan aku amatlah aku berpuas hati.. walaupun bukanlah seorang pelajar yang popular dalam bidang sukan dan aktiviti kokurikulum yg len..TAPI aku mengakhiri SPM aku dengan keputusan yang amat cemerlang... aku diantara pelajar terbaik dari ratusan yanga ada yang telah berjaya mengharumkan nama sekolahku sehingga ke persada tanahair...namaku terpahat dalam diari sekolah sampai ke hari ni... sesekali aku melintasi sekolah itu seribu satu memori bermain di fikiran..wajah2 guru yang bnyak membantuku, wajah2 guru disiplin yang merotanku semasa tingkatan 2 kerana failed sains... masih aku igt.. wajah teman2 seperjuangan yang baik dan jahat... ohh indah sungguh zaman itu...

itulah yanag aku katakan kepada mereka... BERLAJARLAH BERSUNGUH-SUNGGUH, KERANA MAJU DAN MUNDURNYA SESEBUAH TAMADUN ITU KERANA ILMU, MULIA DAN HINANYA MANUSIA ITU KERANA ILMU, GUNALAH ILMU YANG BAIK DI JALAN YANG BAIK....

BUAT GURU-GURU KU SEMUA, TIADA KATA YANG DAPAT AKU UNGKAPKAN, TIADA HARTA UNTUK DINILAIKAN... JASAMU TERAMAT MULIA, ILMU YANG KAU BERI SEHINGGA KE AKHIR HAYAT....

SELAMAT HARI GURU BUAT KALIAN SEMUA.... TERIMA KASIH DI ATAS SEGALANYA !!!

aku amat bersyukur kerana telah mencapai kejayaan seperti hari ini.. siapa sangka budak kampung yang kotor dan tidak berpendidikan mampu menggenggam sebuah organisasi yang hebat... aku amat bersyukur... ini semua jasamu guru, ini semua restu mu mak dan ayah, ini semua sokongan mu teman-teman terbaikku, ini semua cabaran mu musuh2 ku, dan ini semua REDHA MU YA RABBI ! Amin...... tetapkan aku dengan PETUNJUK DAN HIDAYAH MU!

7 comments:

  1. wah.. mesti muka hang pernah masuk paper time kuar result peksa dulu.. nama aku tak tercatat dlm diari sekolah sbb ramai sgt yg hebat2 kt sekolah aku.. i was just a middle class student.. hehe..

    ReplyDelete
  2. pandai hg teka zack... mmg masuk paper! (wah dgn riaknya).. tapi moment yang paling aku puas seumur hidup aku ialah time aku dapat anugerah pelajar cemerlang SPM... time tu aku xde utk attend (sbb ada xm utk ke oversea), so ayah aku yang naik atas stage ambik aanugerah aku... itulah yg aku puas hati sgt2... bila diigt balik moment tu sebak pula rasanya... aku bersyukur sgt2... hg cerita la siket zaman sekolah hg... yg aku tau hg dah bgtau kat entry lepas..hg seorang budak chubby yg selalu kena ejek dan buli, kan? selain drpd tu??? ttg subjek favourite ke, first love ke, hehe... cikgu terbaek hg ke (lelaki ok) haha... apa2 lah zack... sharing is caring, rite?

    ReplyDelete
  3. zack, ko ade facebook x? facebook ke-2 ko ler..bukan facebook real ko), klu ko sudi add aku yer.. adamsteven2010@gmail.com @ adam steven.. bole berborak dgn hg live! bole x? klu xley xpe.... aku faham!

    ReplyDelete
  4. adam: waaa cerdik jantan nie....sesuai jadikan baka anak aku nanT.... hak hak hak

    ps: itu lagu time aku tadika dulu...
    pss: nak jadik kwn FB hang gak...

    zack: Okey ape kelas petengahan...

    Selamat Hari Guru....

    ReplyDelete
  5. thanks.. LM pun cikgu gak.. emmm ari nie dengar perutusan hari guru dalam keadaan yang agak penat n membosankan... per2 pun selamat hari guru....

    ReplyDelete
  6. Adam - hehe.. aku xde FB ke-2 ler.. sori yer beb.. xpe.. berborak kt sini pun dh kira ok la ni.. sori yer..

    John - hang pun mesti scorer time sekolah dulu kan.. sbb tu jd engineer.. sejuk ibu hang mengandungkan hang dulu.. haha

    LM - selamat hari guru kt hang.. mencabar betul jd cikgu zaman ni.. pelajar2 skrg byk kerenah skit.. hehe

    ReplyDelete
  7. adam steven: kalau zack xde FB ke 2 mintak jela kat beliau FB pertama.... hak hak hak

    Lelaki Misteri: Betuah sapa yg dapat chekgu mcm hang, Selamat HAri Guru....

    Zack: hak hak hak aku nie malas orgnya....

    ReplyDelete