Followers

Sunday, June 5, 2011

Sabar dan Ikhlas itu Indah !

KITA semua adalah manusia yg diciptakan sesempurna kejadian. ada yang lebih ada yang kurang. tapi itu semua ada hikmahnya. apa yang harus kita lakukan adalah akur dan redha dengan ketentuan dr pencipta yang esa.

KESILAPAN dan DOSA yang pernah kita lakukan, seandainya boleh biarkan ianya di pendam. andai tidak harus di ceritakan.. ceritakan kepada yang faham dan sudi mendengar... contoh teman rapat, keluarga terdekat atau para alim ulama... tapi harus di ingat rahsia itu adalah aib kita.. dan jika kita tidak mahu aib kita di ketahui oleh orang lain carilah medium lain untuk berbicara.. contohnya di sini... terus terang aku katakan, kali pertama aku menceritakan perihal sisi gelap aku yang selama ini aku rahsiakan aku rasa seolah-olah di lahirkan semula.. aku rasa tenang, lapang dan beban yang aku pikul selama ni hilang sedikit demi sedikit... ya aku amat tenang... tenang sekali.. seolah-olah aku ni bersih dari dosa dan noda... bersih seperti bayi yang baru lahir...

Tetapi yang pasti aku tidak mungkin menceritakan semua ini kepada orang-orang yang aku kenal. mana mungkin aib ini di buka.. biarlah hanya ALLAH shj yang tahu kisah hambanya ini... Aku pasti dan teramat yakin DIA maha mendengar, maha memahami, maha pengampun, maha pengasih dan maha penyayang...

KERANA aku percaya dalam hidup ini pasti ada sesuatu yang indah buat kita semua.... JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP...JANGAN PERNAH BERHENTI BERUSAHA...JANGAN PERNAH BERHENTI BERDOA....

jadikan kesilapan lalu sebagai PENGAJARAN untuk selama-lamanya..... SEMOGA hidup kita semakin indah dan ceria... SEHINGGA KE PENGHUJUNGNYA......

3 comments:

  1. semoga hang beroleh ketenangan yer adam... amin...

    ReplyDelete
  2. ade hkmah d sblk semua ni... kesabaran adalah kunci kebahagian..

    ReplyDelete