Followers

Sunday, June 12, 2011

Ceritera Cinta (Bahagian 1)

Cinta?Terlalu sukar untuk saya jelaskan.Cinta terlalu banyak maksud dan tafsirannya.Ianya kadang-kadang terlalu kompleks untuk diterjemahkan.Tapi yang pasti cinta ini datang dari hati. Anugerah Ilahi. Cinta ini tidak memerlukan alasan.Namun, cinta bisa bikin kita bertindak bodoh.Bisa bikin kita keliru.Tapi itukan kata hati.Ikhlas dan suci murni.Namun harus di ingat cinta yang di larang jangan sesekali kita jebaki dan harus kita hindari.Kembali kepada fitrah insani.Mohon restu Ilahi.Ini kisah tentang cinta.Cinta yang aneh.Namun bukan kehendaknya.Ia datang kerana satu perasaan iaitu sayang. Saya singkapi kisah cinta ini untuk anda mengerti dan tafsiri.Jangan salahkan pada cinta.Jangan salahkan pada sesiapa.Ini takdir.Takdir yang punyai hikmah di sebaliknya.Sebagai pengajaran untuk kita semua.
“Afif, jom main bola”
“ Tak nak lah. Aku penat.”
“Lorh..habis aku nak main dengan siapa.”
“Kau pergi ja padang tu. Nanti ada lah orang lain kat situ.”
“Kalau kau tak nak main pun, apa kata kau temankan aku.Kalau kau ada aku ada semangat sikit.”
“Poyo lah kau.Malas rrr. Lagipun aku ada hal nak buat ni.”
“ Sampai hati kau. Kau pentingkan kerja sekolah tu dari sahabat kau ni. Tak nak kawan dengan kau lah.”
“Eleh-eleh merajuk pula.Dah la.Jom. Tapi malam ni kau belanja aku makan kat kedai Mak Yam. Boleh?”
“No hal beb.”
Bait-bait indah.Zaman kanak-kanak Afif dan Iskandar. Seperti budak-budak lain, hari-hari mereka di habiskan dengan rutin yang sama. Pagi ke sekolah.Balik sekolah baca buku.Petang keluar main.Malam pergi rumah Ustaz Mat, mengaji.Walaupun nakal, tapi mereka berjaya juga dalam pelajaran.Dari zaman kanak-kanak sehingga ke MRSM.Dari MRSM ke university dan sekarang di alam kerjaya, seorang di Empayar Holdings manakala seorang lagi di Kolej Zarmida.Persahabatan yang terjalin sejak dari kecil tidak pernah luntur ikatannya malah semakin hari semakin menebal hubungan itu.
Afif Taqiq, seorang pensyarah di sebuah kolej terkemuka di ibu kota. Khairul Iskandar, Ketua Akauntan di sebuah syarikat pelancongan mewah. Dua orang manusia biasa.Di takdirkan menjadi seseorang yang luarbiasa.Dari rupa paras, kemewahan, kekayaan, kemahsyuran, dan kehormatan.Di mata sejagat raya, mereka berdua sangat sempurna.Tapi tahukah semua mereka berdua siapa?
Ini kisah tentang mereka.Tentang Afif dan Iskandar.Kisah tentang sebuah hubungan.Hubungan kasih sayang sesama manusia.Di mana silapnya. Bukankah perasaan dari hati itu telah di anugerahkan?.Kasih dan sayang itukan suci. Tapi mengapa ada juga tompok hitam di dalamnya?. Aku cuba mengerti. Mencari pengertian dalam kisah cinta ini.Sesuatu yang boleh aku mengerti dan fahami.
Ikuti kisah cinta ini.Cinta yang tidak seharusnya di miliki.Semoga menjadi ikhtibar kepada sesiapa yang berkenaan.

*************************
“Korang ni couple ek?Lain macam je. 24 jam melekat. Kat mana ada kau, kat situlah ada Is.” Soal Tania suatu petang ketika mereka keluar tengok wayang sama-sama.
“Gila kau.Is kan kawan baik aku. Mestilah dia ikut aku.Takkan nak tinggal dia sorang-sorang kat rumah kot.”
“Ye rr beb, tak kan kau jeles kat aku kot. Aku kawan dengan Afif sejak dari dalam perut lagi. Haha…”
“ Ishh… mamat sekor ni. Aku series larh..dia main-main pula.” Aku bukannya apa, dah tuli telinga aku dengar orang dok bercakap tentang korang. Si Anis semalam tanya aku. Entah dari mana dia tau, aku pun pening nak jawab.Itu sebab aku nak tau dari mulut korang sendiri.Korang ni ada apa-apa ke?”
“ ish… minah ni. Ada apa-apa benda? Merepek arghh..Takkan larh aku nk bercintan dengan Iskandar kot. Dia kan laki. Aku pun lelaki. Kau gila apa?”
Tania hanya menjeling mendengar jawapan Afif.Kemudian dia memaling muka ke arah Iskandar yang asyik melayan nasi ayam diatas meja.
“ Kau Is?”.
“ Aku?. Kenapa dengan aku?”
“Kenapa dengan kau, kau tanya?” oii mamat, aku tanya ni, kau dengan Afif couple ke?”
“Aku! Couple!? Dengan Afif?!”. Hmmm… a’aa memang kita orang couple pun.” Puas hati kau. Ishhh… soalan bodoh! Dah-dah jangan kacau aku nak makan ni. Lapar tau tak.Asyik layan soalan kau tu, kebulur lah aku nanti.
“Tapi..”. dia tidak meneruskan. Ada sesuatu menyentapnya dari berkata-kata.
“ aaa… tapi apa? Kau lebih baik cakap.Tapi apa?” soal Afif nak kepastian.
“Emmm… bukan. Tapi ada orang bagitau aku Is gay.”
“Huh?! Kat mana pula kau dapat cerita ni. Macam-macam lah manusia kat dunia ni. Asyik nak bercakap pasal orang je.Diri sendiri tak betul. Lantak lah aku gay keapa ke? Ada aku kacau hidup diorang.Sial betul la. Siapa bawa cerita ni. Memang nak kena saman ni. “Iskandar tak dapat menahan sabarnya kali ini. Nasib baik dia rendahkan suara, kalau tidak pasti semua orang kat situ dengar.
“Dah-dah. Kita stop cerita karut ni. Kita makan.Itu lebih baik. Aku lapar sangat-sangat ni.” Afif bersuara.
“ Good idea beb!.” Iskandar menyambung.Membiarkan Tania berteka-teki dengan soalannya.Malas nak layan.
***************************
“ Beb, macam mana ni?. Semua orang dah tau.U tak kisah ke?”Iskandar menghampiri Afif yang sedang baring di atas katil.Sambil merapatkan badannya ke badan Afif.Dia memeluk erat temannya itu.Afif membiarkan sahaja.Dia bahagia dalam pelukan Iskandar.Satu ciuman sayang singgah di bibirnya. Dia membiarkan.Perasaannya sungguh tenang sekali.Tenang dan bahagia di sisi kekasihnya Iskandar.Dia membiarkan bibir merah Iskandar bermain di bibirnya.Dia bahagia begitu.Biarkan sejagat raya memperkatakan tentang hubungan mereka. Yang pasti mereka tidak pernah mengganggu hidup orang lain. Mereka hanya ingin bersama.Menjalin satu hubungan istimewa di atas dasar cinta.Cinta sesama manusia.Merelakan sekeping hati dimiliki sepenuhnya oleh orang yang mereka kasihi dan cintai.
“ I tak kisah. Biarkan mereka berkata.Apa sahaja. I ada U. I tak kisah yang lain. Daddy dengan mummy I pun ok with that. U tau kan I love U so much.” Matanya menatap Iskandar.Dia mengenggam erat jari-jemari kekasihnya itu.Tak mahu di lepaskan.Dia bahagia dalam dakapan Iskandar.
“Beb, U menyesal tak ada I.”Iskandar bersuara.
“ Nope, kenapa? U menyesal?”.
“ Tentulah tak sayang. I happy sangat ada U. You know what, I bahagia sangat sekarang ni. I pun tak kisah apa orang nak kata. Yang pasti I ada U. Beb… I love U!. Satu ciuman sekali lagi hinggap di bibir Afif.Dia membalas ciuman itu.Membalas ciuman yang penuh kasih dan sayang.Bahagia.Bahagia di sisi Iskandar.
Purnama kian menyinar nun jauh di angkasa raya.Bintang pasti ada.Cuma malam ini kurang sinarnya.Mungkin di lindungi oleh awan hitam atau mungkin juga dek terangnya rembulan purnama.Indah sinarnya.Seindah cinta Afif Iskandar.Biar semua di sekeliling gelap gelita namun jurus sinarnya memancar indah.Di rasai semua makhluk dunia.Masing-masing punya cerita indah.Bersama teman.Bersama keluarga juga cinta hati.
“ Jika rindukan aku pandanglah pada bulan yang satu itu kerana aku juga sedang memandangnya, kerna di mana mata kau menatapnya di situ juga aku menatapnya. Kita sama-sama memandang pada bulan yang satu.Indahnya cahaya bulan itu.Seperti kau di sisi.Aku juga merasakan aku di sisi mu. Menemani mu sehingga terbitnya sang suria. Saat bulan berarak ke barat.Ia berjanji pada bumi, esok akan datang lagi. Tunggu sahaja aku disini.Apabila malamnya tiba, aku pasti menjelma.Menjelma dengan keindahan yang nyata.Di situ sejagat raya menanti. Indahnya bulan itu.” Bait-bait indah dari seseorang yang aku pernah rindui bermain di minda.Aku mengerti kebahagiaan itu.Ianya cuma perasaan keseorangan tetapi kerana atas dasar cinta segalanya indah di mata.Hati dan fikiran tidak dapat menafikan.Kerana itulah penangan cinta.Kuasa cinta.

10 comments:

  1. citer ni hang tulis sendri sekadar rekaan ke or berkaitan dgn kisah hidup hang ni..???

    ReplyDelete
  2. tu la...dah jd novelis plak kwn kite sorg nih...

    p/s: bait2 terakhir tu aku pernah baca dlm salah satu novel alaf 21...hak hak hak..

    ReplyDelete
  3. zack: tiada kena mengena dengan yang hidup dan mati.. hehe

    adam : eh nama kita sama rrr..hehe.. saja je dam nk ngisi masa lapang... seronok menulis nie...

    p/s: persamaan tu secara kebetulan jer k... tiada peniruan... haha.. lagipun i am not a person who read malay novel... i like english most! ...kuekkkk

    ReplyDelete
  4. bagus cite nie. . . .Romantik gler

    ReplyDelete
  5. hmm...yeke?? maybe novelis tu ciplak dr other novelis kot??

    pepun br aku teringat..bkn dr novel..tp dr sebuah filem lurus yg xberapa nak lurus...hahahahhaha...

    ReplyDelete
  6. peet peet...tumpang lalu tumpang lalu.....heheheh best cite awk adam...keep it up :)

    ReplyDelete
  7. adam.. lama menyepi.. kemana menghilang wahai sahabatku..??

    ReplyDelete
  8. hoo...zack, aku ade laa.. cuma 2 3 hai lepas aku xleh coment ..ntah pasal ape ntah... masalah teknikal kot... banyak kali aku tried, xleh gak..tp hari ni dah ok...

    ReplyDelete
  9. prince, john... TQ sbb baca ek...
    adam: mana ade aku ciplak k... aku buat sendiri.. sebenarnya aku banyak tulis cerpen kat http://www.penulisan2u.com.my tapi genre yang mcm ni mn bole aku post kat situ...nak kena saman... so aku post larh kat blog aku.. saja suke2..hobby...

    ps/ nt jer bahagian ke2... coming soon.

    ReplyDelete